Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Seri Bintang Utara akan bercuti pada
17 Februari 2010 hingga
19 Februari 2010 (Rabu hingga
Jumaat) sempena Perayaan Tahun Baru Cina.
Oleh itu, untuk makluman Dato'/Datin/Tuan/Puan, jadual sekolah ganti
dan tarikh bercuti adalah seperti di bawah :-
Tarikh Bercuti
Tarikh Sekolah Ganti
Catatan
17 Februari 2010 (Rabu)
-
Cuti Peristiwa
18 Februari 2010 (Khamis)
23 Januari 2010 (Sabtu)
Jadual hari Khamis
19 Februari 2010 (Khamis)
6 Februari 2010 (Sabtu)
Jadual hari Jumaat
Kami berharap Dato'/Datin/Tuan/Puan dapat menguruskan pengangkutan anak-anak
pergi dan balik ke sekolah pada hari Sabtu yang telah disebut seperti
di atas untuk persekolahan seperti biasa dan pulang pada pukul 12.30
tengahari.
Perhatian kepada Ibu Bapa / Penjaga pelajar SMK Seri Bintang Utara berkenaan Ralat Bayaran Tambahan dan Keperluan Pelajar bagi Tahun 2010. Ralat ini adalah seperti berikut :
* Mesyuarat Agung PIBG kepada Mesyuarat PIBG. Sila klik di sini untuk memuat turun Ralat Bayaran Tambahan dan Keperluan Pelajar bagi Tahun 2010
Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar, ibu bapa serta penjaga
boleh memuat turun notis berkenaan Pemberitahuan Tentang Lampiran
Peraturan Disiplin Murid SMKSBU Mengikut Budaya dan Persekitaran Sekolah.
Sila klik di
sini untuk memuat turun.
Sukacita dumaklumkan bahawa senarai nama pelajar dan kedudukan kelas telah dikeluarkan pada 31/12/2009. Pelajar, ibu bapa dan penjaga boleh merujuk di Skylite SMKSBU dan Portal. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pihak sekolah pada hari Isnin (04/01/2010).
Berikut adalah senarai nama pelajar dan kedudukan kelas tahun 2010 :
2. Selepas pukul 12.30 tengahari, slip keputusan boleh diambil di pejabat sekolah.
3. Pelajar yang masih belum memulangkan buku teks perlu memulangkan buku tersebut sebelum mengambil slip keputusan PMR 2009.
4. Pelajar dikehendaki melengkapkan borang tawaran kemasukan ke tingkatan 4 tahun 2010 mengikut pakej dan menghantarnya pada hari ini juga. Kegagalan anda menyerahkan borang tersebut akan menyebabkan nama anda tidak disenaraikan untuk ke tingkatan 4 tahun 2010.
Sukacita dimaklumkan bahawa Sesi Streaming Kelas akan diadakan pada
28 Disember 2009 bertempat
di Bilik SU Peperiksaan jam 9.00 pagi.
Semua guru yang terlibat diwajibkan hadir. Harap maklum.
Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 5 sesi 2009 dianjurkan
bagi meraikan pelajar tingkatan 5 yang akan menamatkan sesi persekolahan
pada tahun 2009 . Majlis ini akan dirasmikan oleh Datuk Wira
Syed Ali AlHabshee, Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras.
Dijemput pelajar tingkatan 5, ibu bapa dan guru-guru SMKSBU untuk menghadiri
majlis ini yang akan diadakan seperti berikut:
Program selepas peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) dijadualkan kepada para pelajar tingkatan 3. Program ini diadakan
bagi mengisi masa yang terluang dengan perkara – perkara berfaedah
dan bermanfaat untuk pelajar. Selain itu program ini dijadualkan supaya
pelajar mempunyai minat yang mendalam untuk hadir ke sekolah walaupun
peperiksaan PMR telah berakhir.
Dengan adanya program sebegini, para pelajar akan dapat
mempelajari serta mengasah bakat mereka melalui aktiviti lain selain daripada
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas disamping memberi
sumbangan kepada sekolah.
KELAS DICUTIKAN SECARA BERGILIR SEMPENA PEPERIKSAAN
PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) 2009
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Untuk makluman peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) akan dijalankan pada 7 Oktober 2009 hingga 13
Oktober 2009. Pada masa ini sekolah menghadapi masalah kekurangan
bilik darjah. Oleh itu beberapa kelas perlu dicutikan secara bergilir.
Jadual cuti sempena PMR bagi kelas-kelas yang terlibat adalah seperti
berikut:
Tarikh
Hari
Kelas Dicutikan
Ting. / Kelas Yang Hadir
Catatan
6 Okt.2009
Selasa
Semua Ting. 3
Ting. 1, 2 ,4, & 5 bersekolah seperti biasa
Bilik darjah ting. 3 telah disusun untuk peperiksaan PMR
Masalah kekurangan bilik darjah kerana dijadikan pusat PMR
7 Okt.2009
Rabu
Semua Ting 1
Ting. 2,4, & 5 bersekolah seperti
biasa
Peperiksaan PMR dari 7 Okt -13 Okt.
(bagi Ting. 3)
8 Okt.2009
Khamis
9 Okt.2009
Jumaat
Semua Ting. 4
Ting. 1,2 & 5 bersekolah seperti biasa
12 Okt.2009
Isnin
Semua Ting 2
Ting. 1,4& 5 bersekolah seperti
biasa
13 Okt 2009
Selasa
4. Pada tarikh-tarikh di atas, perbincangan soalan percubaan
SPM akan diadakan untuk pelajar tingkatan 5 manakala pelajar tingkatan
1,2 dan 4 akan menjalani P&P seperti biasa.
5. Dimaklumkan juga bahawa Peperiksaan Akhir Tahun bagi
tingkatan 1 & 2 akan bermula pada 2 November 2009
hingga 6 November 2009. Manakala bagi tingkatan 4 akan
bermula pada 26 Oktober 2009 hingga 6 November
2009. Diharapkan tuan/puan dapat memastikan anak tuan/puan membuat
persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut.
Sekian, harap maklum dan terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“KECEMERLANGAN TEKAD KAMI”